Jumaat, 11 November 2011

JAM SILIKON ION - TAHUKAH ANDA???

Apa yang anda tahu mengenai jam silikon??? Jam silikon ion terdiri dari dua jenis iaitu jenis 1 atm dan 3 atm. Apa maksud jam silikon ini??? Maksudnya kalis air 1 atm dan kalis air 3 atm.

Satu lagi jam silikon ini diperbuat dari getah silikon yang elastik dan kenyal serta tahan dari pelbagai cuaca. Jam silikon ini diperbuat dalam pelbagai saiz iaitu kecil (diameter 14cm dan 15cm), sederhana diameter 17cm dan besar iaitu 18cm dan 19cm. Bagaimanapun, watch outlet hanya menjual jam silikon bersaiz sederhana iaitu 17cm.

Jam silikon ini pula dibuat pelbagai warna seperti hitam, putih, kelabu, jernih, merah, merah muda, pink, ungu, ungu muda, hijau, hijau muda, biru, biru muda, kuning, kuning muda, oren, oren muda dan banyak lagi warna yang dikeluarkan bagi memenuhi citarasa masyarakat.
Jam silikon yang terbaru diterima stok adalah pada 10 November 2011. Jam silikon yang diterima ialah jenis sederhana dan warna terdiri 50 unit hitam, 50 unit putih, 20 unit biru tua, 15 unit merah dan 15 unit pink. Warna lain bagi jam silikon akan dipesan tidak lama lagi dan jika ada permintaan.


 

Apa maksud jam silikon ION?  
Maksudnya jam silikon ion
- memancarkan ion negatif (anion) di lebih dari 1900ions per cc
- memancarkan infra merah jauh di lebih dari 90% efisiensi
- membantu menstabilkan arus listrik dalam tubuh anda, jadi selain modelnya yang unik dan lucu, jam ini jg dapat menjaga kesihatan anda

Khamis, 10 November 2011

Stok Jam Tangan Silikon Ion Dah Tiba

Salam semua pengunjung,
        Stok jam tangan silikon dari China sudah sampai. Stok yang sampai kini ialah merah (13 unit), biru (20 unit), pink (15 unit), hitam (50 unit) dan putih (50 unit). Stok warna lain akan dipesan dalam masa terdekat. Cepat juga penghantaran dengan EMS. Katanya hantar 1 November 2011 dan sampai hari ini, 10 November 2011. Jadi tempoh penghantaran bagi dropship pun  lebih kurang sama dengan tempoh ni juga. Harga runcit masih kekal RM8 tapi harga borong naik sikit RM5.50. Jam terbaru ni lebih jelas nampak digit berbanding yang lama. Pembelian borong dapat tambahan 1 unit jam tangan PERCUMA. Harga POSLAJU masih kekal RM6 bagi setiap 40 unit jam tangan silikon (sebenar ialah RM5.95). Terima kasih.

Rabu, 2 November 2011

Jualan Secara Dropship : Jam Tangan Silikon

Salam semua pengunjung,
         Saya mula mengadakan tambahan perkhidmatan iaitu jualan secara dropship dimana anda pesan barang, saya akan order dan kilang atau pembekal akan menghantar barang tersebut kepada anda. Jualan dropship ini bermula November 2011 dan penghantaran akan mengambil masa 2-3 minggu. Jam tangan silikon ni akan dijual mengikut pakej dibawah. Caj penghantaran adalah PERCUMA. Bayaran permulaan adalah 60% daripada harga pakej dan bayaran akhir hendaklah dibuat apabila saya telah membuat pesanan. Jika bayaran akhir tidak dibayar, saya tidak akan proceed kepada pembayaran kepada kilang atau pembekal. Penghantaran menggunakan EMS.

PAKEJ A.
Jumlah unit pesanan : 1000 unit.
Harga : RM3000
Harga seunit : RM3.00 seunit
Bayaran permulaan : RM1800 (60%)

PAKEJ B.
Jumlah unit pesanan : 500 unit.
Harga : RM1600
Harga seunit : RM3.20 seunit
Bayaran permulaan : RM960 (60%)

PAKEJ C.

Jumlah unit pesanan : 300 unit.
Harga : RM990
Harga seunit : RM3.30 seunit
Bayaran permulaan : RM594 (60%)


PAKEJ D.
Jumlah unit pesanan : 150 unit.
Harga : RM510
Harga seunit : RM3.40 seunit
Bayaran permulaan : RM306 (60%)

PAKEJ E
Jumlah unit pesanan : 100 unit.
Harga : RM350
Harga seunit : RM3.50 seunit
Bayaran permulaan : RM210 (60%)

POS adalah PERCUMA. Koleksi warna boleh dipilih dan jika tiada, pembekal akan memilih warna terdekat.
Sila msg saya bagi mempercepatkan pengurusan pesanan ini.

Khamis, 25 Ogos 2011

Jam Tangan Silikon

Jam tangan silikon atau jam tangan ion atau jam tangan anion dicipta untuk memberi kepuasan. Jam tangan silikon ini nampak menarik dengan pelbagai warna yang ditawarkan. Ia juga terdapat dalam 2 jenis iaitu kalis 1 atm dan 3 atm(boleh menyelam dan berenang). Jam tangan silikon boleh didapati di watch outlet dan pemborong-pemborong yang telah memborong jam ini. Jam tangan silikon ini ringan (10gram shj) dan elastik. Terdapat banyak saiz jam tangan silikon ini seperti 13cm, 14 cm, 15 cm, 17 cm, 19 cm dan lain-lain. Namun, watch outlet hanya menjual saiz 17cm. Saiz lain akan cuba diambil stok nanti. Sekian, terima kasih.

Selasa, 23 Ogos 2011

Jam Tangan Ion Akan Dijual Bersama Bateri Tambahan

Salam semua pengunjung blog, bakal pemborong dan pembeli runcit saya. Bermula dalam bulan September nanti saya akan mula menjual jam tangan ion bersama bateri tambahannya. Ini berikutan masalah yang banyak dihadapi oleh pemborong dan pembeli termasuk saya juga berikutan jam cepat habis bateri. Untuk pengetahuan semua, saya akan periksa keadaan jam dulu sebelum menghantar secara poslaju. Jadi, semua jam berada dalam keadaan ok dan tiada masalah bateri habis. Untuk meningkatkan keyakinan dari pihak anda, saya akan menjual bateri kepada anda kerana saya dapati harga bateri yang ditukar agak mahal di kedai jam iaitu RM8 padahal bateri tersebut kecil sahaja. Jadi saya akan jual 1 papan berharga RM20 (10 unit bateri x RM2 seunit). Bateri boleh dipasang sendiri dan anda (pembeli dan pemborong) boleh membeli pemutar skru (skrew driver) mata philip "+" untuk menukarnya. 

Pembelian biasa tanpa bateri juga dibolehkan cuma anda terpaksa menukar bateri di kedai jam berharga RM8 jika bateri habis sebelum waktunya. 

Syarat-syarat lain ialah pembelian bateri adalah mengikut bilangan jam yang dipesan. Jika anda membeli 10 jam tangan ion, anda hanya boleh membeli 10 biji bateri. Ini bagi mengelakkan stok bateri kehabisan kerana saya akan menyediakan bateri yang cukup dengan stok jam sahaja. Bagi pembeli yang telah membeli jam saya, anda boleh mendapatkan bateri yang ada mengikut pembelian anda yang lalu. Bagi pembelian baru, bilangan bateri terhad kepada bilangan jam yang dibeli.

Harga bateri tersebut tidak termasuk dengan harga poslaju. Poslaju digunakan bagi mengelakkan bateri dan jam tangan ion sampai lambat kepada pemborong/pembeli. Setakat ini, rasanya semua berpuas hati dengan penghantaran poslaju ini.

Sebarang keraguan, ketidakfahaman, kepeningan atau sebarang maklumat lanjut, boleh sms saya. Saya akan cuba membantu sedaya upaya agar anda yakin untuk membeli /memborong jam tangan ion saya. 

UPDATED...Saya sedang memesan bateri yang betul untuk jam tangan ion ini dengan kod AG1 dan bukan AG4 sebelum ini. AG1 lebih nipis dan muat dengan ruang bateri di jam tangan ion. Thanks

UPDATED Januari 2012 -...Bateri dah ada dalam 400 unit. Harga RM1 seunit. Pos RM3.50. Penghantaran pos percuma untuk belian bateri 20 unit dan ke atas.

Khamis, 18 Ogos 2011

HARI RAYA AIDIL FITRI 1 SYAWAL 1432H

            Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, penulis blog ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya. Hati-hati memandu di jalan raya atau lebuh raya. Buat semua, mohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan mengguris hati dan perasaan. Maaf zahir dan batin. Juga Selamat Hari Kemerdekaaan kepada semua rakyat Malaysia.


             Bagi sambutan Hari Raya dan Merdeka ini, saya akan bercuti dari 27 Ogos 2011 hingga 5 September 2011. Jadi, jualan dihentikan sementara.

Isnin, 13 Jun 2011

PROMOSI TERKINI


Ramai yang SMS saya n tanya harga sebenar jam tangan ion ini samada 
runcit atau borong dan ada COD tak?
OK berikut saya perincikan harga-harga ini untuk sepenuhnya. Harga tidak termasuk penghantaran dan saya hantar POSLAJU. 

Rabu, 8 Jun 2011

JAM TANGAN ION

PROMOSI TERKINI 
Murah! Belian runcit RM8
Tambah pos RM6. Terima kasih.

BORONG RM3/UNIT (500 UNIT KE ATAS) 
POSLAJU RM40

JAM TANGAN ION

PROMOSI TERKINI.
Dengan belian melebihi 250 unit , saya jual dengan 
harga borong lagi murah dan menguntungkan. 
Harga di UPTOWN dan DOWNTOWN pun
masih lagi RM8-RM10. Peluang ini hanya untuk
tempoh dari 8 JUN hingga 15 JUN dan
terhad kepada stok.
SEMENTARA STOK MASIH ADA...

HARGA RUNTUH !!!
RM.....


Rabu, 1 Jun 2011

JAM TANGAN ION (BORONG DAN RUNCIT)








PROMOSI AWAL JUN.
Jam Tangan Ion. 
Kalis Air 1 ATM. Ada 14 warna.
Dijual secara borong dan runcit.