Khamis, 25 Ogos 2011

Jam Tangan Silikon

Jam tangan silikon atau jam tangan ion atau jam tangan anion dicipta untuk memberi kepuasan. Jam tangan silikon ini nampak menarik dengan pelbagai warna yang ditawarkan. Ia juga terdapat dalam 2 jenis iaitu kalis 1 atm dan 3 atm(boleh menyelam dan berenang). Jam tangan silikon boleh didapati di watch outlet dan pemborong-pemborong yang telah memborong jam ini. Jam tangan silikon ini ringan (10gram shj) dan elastik. Terdapat banyak saiz jam tangan silikon ini seperti 13cm, 14 cm, 15 cm, 17 cm, 19 cm dan lain-lain. Namun, watch outlet hanya menjual saiz 17cm. Saiz lain akan cuba diambil stok nanti. Sekian, terima kasih.

Selasa, 23 Ogos 2011

Jam Tangan Ion Akan Dijual Bersama Bateri Tambahan

Salam semua pengunjung blog, bakal pemborong dan pembeli runcit saya. Bermula dalam bulan September nanti saya akan mula menjual jam tangan ion bersama bateri tambahannya. Ini berikutan masalah yang banyak dihadapi oleh pemborong dan pembeli termasuk saya juga berikutan jam cepat habis bateri. Untuk pengetahuan semua, saya akan periksa keadaan jam dulu sebelum menghantar secara poslaju. Jadi, semua jam berada dalam keadaan ok dan tiada masalah bateri habis. Untuk meningkatkan keyakinan dari pihak anda, saya akan menjual bateri kepada anda kerana saya dapati harga bateri yang ditukar agak mahal di kedai jam iaitu RM8 padahal bateri tersebut kecil sahaja. Jadi saya akan jual 1 papan berharga RM20 (10 unit bateri x RM2 seunit). Bateri boleh dipasang sendiri dan anda (pembeli dan pemborong) boleh membeli pemutar skru (skrew driver) mata philip "+" untuk menukarnya. 

Pembelian biasa tanpa bateri juga dibolehkan cuma anda terpaksa menukar bateri di kedai jam berharga RM8 jika bateri habis sebelum waktunya. 

Syarat-syarat lain ialah pembelian bateri adalah mengikut bilangan jam yang dipesan. Jika anda membeli 10 jam tangan ion, anda hanya boleh membeli 10 biji bateri. Ini bagi mengelakkan stok bateri kehabisan kerana saya akan menyediakan bateri yang cukup dengan stok jam sahaja. Bagi pembeli yang telah membeli jam saya, anda boleh mendapatkan bateri yang ada mengikut pembelian anda yang lalu. Bagi pembelian baru, bilangan bateri terhad kepada bilangan jam yang dibeli.

Harga bateri tersebut tidak termasuk dengan harga poslaju. Poslaju digunakan bagi mengelakkan bateri dan jam tangan ion sampai lambat kepada pemborong/pembeli. Setakat ini, rasanya semua berpuas hati dengan penghantaran poslaju ini.

Sebarang keraguan, ketidakfahaman, kepeningan atau sebarang maklumat lanjut, boleh sms saya. Saya akan cuba membantu sedaya upaya agar anda yakin untuk membeli /memborong jam tangan ion saya. 

UPDATED...Saya sedang memesan bateri yang betul untuk jam tangan ion ini dengan kod AG1 dan bukan AG4 sebelum ini. AG1 lebih nipis dan muat dengan ruang bateri di jam tangan ion. Thanks

UPDATED Januari 2012 -...Bateri dah ada dalam 400 unit. Harga RM1 seunit. Pos RM3.50. Penghantaran pos percuma untuk belian bateri 20 unit dan ke atas.

Khamis, 18 Ogos 2011

HARI RAYA AIDIL FITRI 1 SYAWAL 1432H

            Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, penulis blog ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya. Hati-hati memandu di jalan raya atau lebuh raya. Buat semua, mohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan mengguris hati dan perasaan. Maaf zahir dan batin. Juga Selamat Hari Kemerdekaaan kepada semua rakyat Malaysia.


             Bagi sambutan Hari Raya dan Merdeka ini, saya akan bercuti dari 27 Ogos 2011 hingga 5 September 2011. Jadi, jualan dihentikan sementara.