Selasa, 23 Ogos 2011

Jam Tangan Ion Akan Dijual Bersama Bateri Tambahan

Salam semua pengunjung blog, bakal pemborong dan pembeli runcit saya. Bermula dalam bulan September nanti saya akan mula menjual jam tangan ion bersama bateri tambahannya. Ini berikutan masalah yang banyak dihadapi oleh pemborong dan pembeli termasuk saya juga berikutan jam cepat habis bateri. Untuk pengetahuan semua, saya akan periksa keadaan jam dulu sebelum menghantar secara poslaju. Jadi, semua jam berada dalam keadaan ok dan tiada masalah bateri habis. Untuk meningkatkan keyakinan dari pihak anda, saya akan menjual bateri kepada anda kerana saya dapati harga bateri yang ditukar agak mahal di kedai jam iaitu RM8 padahal bateri tersebut kecil sahaja. Jadi saya akan jual 1 papan berharga RM20 (10 unit bateri x RM2 seunit). Bateri boleh dipasang sendiri dan anda (pembeli dan pemborong) boleh membeli pemutar skru (skrew driver) mata philip "+" untuk menukarnya. 

Pembelian biasa tanpa bateri juga dibolehkan cuma anda terpaksa menukar bateri di kedai jam berharga RM8 jika bateri habis sebelum waktunya. 

Syarat-syarat lain ialah pembelian bateri adalah mengikut bilangan jam yang dipesan. Jika anda membeli 10 jam tangan ion, anda hanya boleh membeli 10 biji bateri. Ini bagi mengelakkan stok bateri kehabisan kerana saya akan menyediakan bateri yang cukup dengan stok jam sahaja. Bagi pembeli yang telah membeli jam saya, anda boleh mendapatkan bateri yang ada mengikut pembelian anda yang lalu. Bagi pembelian baru, bilangan bateri terhad kepada bilangan jam yang dibeli.

Harga bateri tersebut tidak termasuk dengan harga poslaju. Poslaju digunakan bagi mengelakkan bateri dan jam tangan ion sampai lambat kepada pemborong/pembeli. Setakat ini, rasanya semua berpuas hati dengan penghantaran poslaju ini.

Sebarang keraguan, ketidakfahaman, kepeningan atau sebarang maklumat lanjut, boleh sms saya. Saya akan cuba membantu sedaya upaya agar anda yakin untuk membeli /memborong jam tangan ion saya. 

UPDATED...Saya sedang memesan bateri yang betul untuk jam tangan ion ini dengan kod AG1 dan bukan AG4 sebelum ini. AG1 lebih nipis dan muat dengan ruang bateri di jam tangan ion. Thanks

UPDATED Januari 2012 -...Bateri dah ada dalam 400 unit. Harga RM1 seunit. Pos RM3.50. Penghantaran pos percuma untuk belian bateri 20 unit dan ke atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dijemput untuk komen di sini. Terima kasih.