Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Kepada semua, selamat menyambut ramadhan yang mulia. Di bulan ini, marilah kita berpuasa, bertarawih dan menambah amal ibadat kita. Dalam bulan ini juga, ada satu malam dipanggil malam Lailatulqadar dimana amal ibadat yang kita lakukan pada malam ini, Allah gandakan pahala amal ibadat kita seperti kita beramal selama seribu bulan (83 tahun 4 bulan). Malam ini adalah 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Dikhabarkan malam ganjil pada 10 malam terakhir. Semoga mengambil peluang yang ada Insyaallah.

"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali).”

- Hadis riwayat Imam al-Bukhari

Sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah / amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dijemput untuk komen di sini. Terima kasih.