Isnin, 13 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua, saya Azmi pemilik blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Mohon maaf sekiranya saya buat salah dan silap selama menjual kepada korang semua.

Saya akan bercuti mulai Khamis, 16 Ogos 2012 hingga 26 Ogos 2012. Segala jual beli ditangguhkan la waktu bermula Rabu pukul 7 mlm 15 Ogos 2012 hingga 26 Ogos 2012. Apa²hal boleh contact saya di 0195525218.

Tahun ni raya kat Pendang, Kedah. Tiap-tiap tahun pun. Anak bini dah kat sana. Mungkin balik Rabu petang lepas keja. Naik motor je cam kat bawah. Kepada pelanggan yang tak puas hati, minta halalkan, jika tak halalkan, sila sms barang yang tak puas hati, saya sedia bagi kembali duit jika tak banyak sangat.

Terima kasih semua, Semoga masih menyokong blog ini dan saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Balik kampung naik kenderaan baca doa dan hati² kerana malang tidak berbau, mujur tidak berbunyi. Apapun kita berharap perjalanan kita kembali kepada keluarga dengan selamat dan sejahtera. Semoga kita semua bergembira di pagi Hari Raya yang mulia. Wassalam.

P/S: Saya balik dgn motor ni jer...kalu jumpa tengah jalan, bleh tegur. Thanks semua. Line kuning dah buang. Warna hitam saja.